Selasa, 11 Mac 2014

Intisari Aqidah



Al Wajiiz Fii Aqidah As Salafus Soleh ( Ahlus Sunnah Wal Jamaah ) oleh Abdullah bin Abdul hamid Al Atsary


Penyampai : Ustaz Mohd Safwan bin Mohd rusydi
Tempat : Masjid Al Aman, Pasar Kraftangan, Sinsuran Kota Kinabalu Sabah
Tarikh : 02 Mac 2014, 01 Jamadil Awal 1435h
Rakaman Audio : Unit Media Al I`tisom


2014-03-02 intisari aqidah ustaz Mohd Safwan Mohd Rusydi.mp3

Isnin, 10 Mac 2014

Taudhihul Ahkam Min Bulughul Maram Bab Solat ( Al Mawaqit ) Bhg 2




Taudhihul Ahkam Min Bulughul Maram Syarah Syeikh Abdullah Bin Abdur Rahman Al bassam


Penyampai : Ustaz Abdul Wahab Bustami
Tempat : Masjid Al Aman, Kg Cenderamata 2 Likas, Kota Kinabalu Sabah
Tarikh : 10 mac 2014, 02 Jamadil Awal 1435h
Rakaman Audio : Unit Media Al I`tisom

Muat turun rakaman penuh pada link di bawah :

http://www.4shared.com/mp3/L-kmS5Nwba/2014-03-10_Taudhihul_Ahkam_Min.html?

Taudhihul Ahkam Min Bulughul Maram Bab Solat ( Al Mawaqit ) Bhg 1


Taudhihul Ahkam Min Bulughul Maram Syarah Syeikh Abdullah Bin Abdur Rahman Al bassam


Penyampai : Ustaz Abdul Wahab Bustami
Tempat : Masjid Al Aman, Kg Cenderamata 2 Likas, Kota Kinabalu Sabah
Tarikh : 03 mac 2014, 02 Jamadil Awal 1435h
Rakaman Audio : Unit Media Al I`tisom

Muat turun rakaman penuh pada link di bawah :

http://www.4shared.com/mp3/cw_YERbZce/2014-03-03_Taudhihul_Ahkam_Min.html?

Jumaat, 7 Mac 2014

Tafsir As Sa`di surah Al Baqarah bhg 3



Taisirul Karimir Rahman Fii Tafsiri Kalamil Mannan karya Syaikh Abdurrahman Nasir As-Sa'di Rahimahullah

Penyampai : Ustaz Abdul Wahab Bustami
Tempat : Masjid Al Aman pasar kraftangan Kota Kinabalu, Sabah
Tarikh : 04 Mac 2014, 3 jamadil Awal 1435h
Rakaman Audio : Unit Media Al I`tisom

Muat turun rakaman penuh pada link di bawah :

http://www.4shared.com/mp3/clpXsBOWba/2014-03-04_tafsir_as_sadi_-_Al.html?

Tafsir As Sa'di Muqaddimah dan awal surah Al Baqarah






Taisirul Karimir Rahman Fii Tafsiri Kalamil Mannan karya Syaikh Abdurrahman Nasir As-Sa'di Rahimahullah

Penyampai : Ustaz Abdul Wahab Bustami
Tempat : Masjid Al Aman pasar kraftangan Kota Kinabalu, Sabah
Rakaman Audio : Unit Media Al I`tisom

Muat turun rakaman penuh pada link di bawah :


http://www.4shared.com/mp3/jY8d6qYkba/Tafsir_as_sa_di_-_Muqaddimah_d.html?


Ahad, 2 Mac 2014

Tafsir As Sa`di surah Al Baqarah bhg 2





Taisirul Karimir Rahman Fii Tafsiri Kalamil Mannan karya Syaikh Abdurrahman Nasir As-Sa'di Rahimahullah yang disampaikan oleh Ustaz Abdul Wahab Bustami Hafizahullah.


Bismillaahirrahmaanirrahiim..

Pada minggu yang lalu Ustaz Abdul Wahab Bustami telah menyampaikan ayat yang pertama dari Surah al-Baqarah,

الم ﴿١﴾ ذَ‌ٰلِكَ الْكِتَابُ لَا رَيْبَ ۛ فِيهِ ۛ هُدًى لِّلْمُتَّقِينَ ﴿٢﴾

"Alif, Laam, Miim. Kitab Al-Qur’an ini, tidak ada sebarang syak padanya (tentang datangnya dari Allah dan tentang sempurnanya); ia pula menjadi petunjuk bagi orang-orang yang bertaqwa.”

 Maka Kuliah kali ini adalah sambungan tentang firman Allah Subhanahu wa Ta’ala (هُدًى لِّلْمُتَّقِينَ) (petunjuk bagi orang-orang yang bertaqwa).

Dalam Kitab Tafsir ini Syaikh Abdurrahman Nasir As-Sa’di telah menghuraikan bahawa Makna (هُدًى) ialah apa-apa yang terhasil dengannya petunjuk daripada kesesatan dan syubhat-syubhat. Jadi ia merupakan lawan kepada kesesatan termasuk juga lawan daripada syubhat-syubhat. Dengan (هُدًى) petunjuk atau hidayah ini membawa seseorang itu menempuh jalan-jalan yang bermanfaat sebaliknya kesesatan dan syubhat-syubhat adalah membawa manusia kepada jalan yang tidak bermanfaat dan merugikan malah membinasakan manusia tersebut. Selain itu perkataan (هُدًى) dari segi bahasa membawa makna petunjuk yang mana ia tidak dinyatakan pengkhususan petunjuk yang membawa maslahah hanya kepada si fulan atau kepentingan seseorang, dan tidak juga dinyatakan petunjuk untuk sesuatu bagi si fulan. Tetapi Allah menyebutkan (هُدًى) untuk memberikan keumuman bahawa petunjuk itu secara umum bagi semua kebaikan sama ada di dunia dan di hari akhirat.

Petunjuk itu datangnya daripada Allah Subhanahu wa Ta’ala sebagai pembimbing, yang mana membimbing hamba-hamba-Nya dalam masalah Ushul Agama, prinsip, dasar Agama yang wajib dipegang dan diyakini manusia dan juga termasuk masalah-masalah furu’iyyah. Maka Allah membimbing manusia dengan meletakkan (هُدًى) petunjuk. Kemudian ia adalah sebagai penjelasan kebenaran dari kebatilan, menjelaskan yang shahih dari yang dhaif, menjelaskan bagaimana mengikuti jalan-jalan yang bermanfaat untuk mereka di dunia dan akhirat.

Kemudian huraian Syaikh Abdurrahman Nasir As-Sa’di seterusnya dengan membawakan yang mana di dalam ayat yang lain ada dinyatakan (ھُدی لِلنّاس) petunjuk kepada manusia,yang membawa makna petunjuk kepada semua manusia yang merupakan ayat yang umum sedangkan di dalam ayat ini disebutkan (هُدًى لِّلْمُتَّقِينَ) petunjuk bagi orang-orang yang bertaqwa, Seolah-olah ayat ini ada perbezaan dari segi makna. Kemudian Syaikh menerangkan sebenarnya bahawa hakikat petunjuk di sini ialah secara umumnya untuk semua manusia, namun orang-orang yang celaka, orang-orang yang binasa mereka tidak mahu menerima dan tidak mempedulikan petunjuk Allah.

Maka timbul persoalan di sini, apakah tujuan Allah menyatakan (ھُدی لِلنّاس) petunjuk kepada manusia sedangkan di sana ada orang-orang yang tidak mempedulikan dan berpaling dari petunjuk dan tidak menerima petunjuk Allah Subhanahu wa Ta’ala.?

Maka petunjuk tersebut adalah sebagai menegakkan hujjah kepada mereka di dunia, sehingga di akhirat kelak mereka tidak ada alasan lagi, mereka akur dan mereka tunduk kepada Allah yang telah menurunkan hidayah-Nya melalui utusan-utusan-Nya di dunia ini namun mereka tidak mahu menerima malah ada yang menentangnya. Maka petunjuk itu untuk hujjah ke atas orang-orang yang ingkar agar di akhirat kelak mereka tidak boleh lagi memberi alasan apapun.

Dan tidak bermanfaat bagi mereka keterangan-keterangan atau petunjuk-prtunjuk Allah Subhanahu wa Ta’ala disebabkan kecelakaan mereka kerana tidak mempedulikannya dan tidak menerimanya. Ini bermakna petunjuk Allah itu hanya diterima oleh orang-orang yang bertaqwa.

Dan adapun orang-orang yang bertakwa yang mendatangkan sebab yang paling besar untuk mendapatkan hidayah mendapatkan petunjuk Allah iaitu takqwa. Yang mana takwa ini hakikatnya dengan erti kata yang sebenar ialah menjadikan perkara-perkara yang dengannya dia dapat melindungi dirinya dari kermurkaan dan azab Allah Subhanahu wa Ta’ala, iaitu dengan cara melaksanakan perintah-perintah Allah dan meninggalkan larangan-larangan-Nya.

Takwa itu bukanlah hanya ucapan dibibir tetapi ia perlu dibuktikan dengan melaksanakan perintah-perintah Allah dan meninggalkan segala larang-larangan-Nya. Maka dengan itu mereka mendapat petunjuk dan mereka mendapat manfaat dengan sebaik-baiknya. Ini sepertimana dalam firman Allah Subhanahu wa Ta’ala,

يَـٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوٓا۟ إِن تَتَّقُوا۟ ٱللَّهَ يَجْعَل لَّكُمْ فُرْقَانًا

“Wahai orang-orang yang beriman! Jika kamu bertaqwa kepada Allah, nescaya Ia mengadakan bagi kamu (petunjuk) yang membezakan antara yang benar dengan yang salah,” (surah al-Anfal ayat 29)

Makna (فُرْقَانًا) ini ialah membawa maksud pembeza diantara yang Haq dan yang batil. Maka orang-orang yang bertaqwa Allah akan diberikan (فُرْقَانًا) agar dapat membezakan yang Haq dan yang batil, yang halal dengan yang haram, dapat membezakan tauhid dengan syirik, dan dapat membezakan antara Sunnah dengan bid’ah.

Ustaz Abdul Wahab Bustami menerangkan bahawa Nabi Sallallahu ‘alahi wasallam diutuskan ditengah-tengah masyarakat Arab sebagai al-Furqan iaitu Nabi menjelaskan yang haq agar mereka ikuti dan menjelaskan yang batil agar mereka jauhi, maka masyarakat ketika itu berpecah kepada dua kelompok;

  1. Mereka yang menerima apa yang didakwahkan oleh Nabi Sallallahu ‘alaihi wasallam
  2. Mereka yang tidak mahu menerimanya.

Seterusnya penuliskan kitab Syaikh Abdurrahman Nasir As-Sa’di mennghuraikan bahawa orang-orang yang bertaqwa (للْمُتَّقِينَ) adalah orang-orang yang dapat manfaat daripada ayat-ayat Al-Quran dan ayat-ayat Kauniyyah. Maksud ayat-ayat al-Quran tersebut adalah syariat Allah, tentang perintah-perintah-Nya, hukum-hukum Allah, dapat menikmati ibadah-ibadah yang Allah perintahkan untuk mereka lakukan. Dan juga mendapat al-ayatulkauniyyah, tentang tanda-tanda kekuasaan Allah berupa Ciptaan-Ciptaan-Nya kerana apabila mereka melihat Ciptaan Allah dari sekecil-kecil perkara sehingga sebesar-bersarnya mereka mendapat manfaat dengan menambahkan ketundukan mereka, kepatuhan mereka, pujian mereka, pengagungan mereka kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala.

Kemudian Syaikh Abdurrahman Nasir As-Sa’di menyatakan tentang bentuk al-Hidayah yang mana hidayah tersebut terbahagi kepada dua bahagian iaitu:

Hidayatul Bayan Hidayah yang berbentuk keterangan. Hidayah ini adalah seperti utusan-utusan Allah Para Rasul yang menyampaikan wahyu Allah, risalah Allah. Kemudian diwarisi oleh orang-orang yang beriman (para sahabat, tabi’in, tabiut tabi’in dan para ulama dan orang-orang yang beriman)

Hidayatut Taufiq Hidayah yang berupa petunjuk. Hidayah ini hanya Allah yang menentukan. Tetapi untuk menentukan seseorang itu menerima atau tidak hidayah tersebut maka perkara ini hanya Allah Subhanahu wa Ta’ala yang memiliki.

Dalam menerangkan Hidayatut Taufiq, Ustaz Abdul Wahab Bustami membawakan kisah sebagaimana dalam peristiwa Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam sedaya upaya berusaha hendak mengIslamkan bapa saudaranya Abu Thalib sehingga ke saat-saat akhir sebelum dia menghembuskan nafas terakhirnya, Rasulullah masih lagi berusaha. Tetapi akhirnya Abu Thalib tetap mati dalam kesyirikan mengikuti agama nenek moyangnya. Hasil dari peristiwa itu, maka turunlah firman Allah Subhanahu wa Ta’ala,

إِنَّكَ لَا تَهْدِى مَنْ أَحْبَبْتَ وَلَـٰكِنَّ ٱللَّهَ يَهْدِى مَن يَشَآءُ

“Sesungguhnya engkau (Wahai Muhammad) tidak dapat memberikan hidayah kepada siapa yang engkau suka, tetapi Allahlah yang memberi hidayah kepada siapa yang Dia kehendaki.” (Surah Al-Qasas ayat 56)

Orang-orang yang bertaqwa ini adalah mereka yang mendapat dua bentuk hidayah sedangkan orang-orang yang selain mereka yang tidak bertaqwa mereka tidak mendapat hidayah taufiq. Walaupun mereka mendapat hidayah bayan yang disampaikan oleh para Rasul, para ulama dan orang-orang yang beriman. Adapun dengan Hidayah bayan tanpa hidayah taufiq daripada Allah untuk sesuatu amalan maka sebenarnya ia bukanlah hidayah yang sebenarnya.

Kemudian Syaikh Abdurrahman Nasir As-Sa’di meneruskan huraiannya dengan menyatakan Allah menggambarkan bahawa orang yang bertaqwa ini mempunyai ciri-ciri iaitu:
  1. Orang yang bertaqwa memiliki Aqidah keyakinan yang benar. Iaitu meyakini Allah itu Satu dan tiada Sekutu bagi-Nya dan Seluruh ibadah hanya kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala.
  2.  Memiliki amalan-amalan batiniah. Iaitu bertawakkal kepada Allah dengan tawakkal yang sebenar-benarnya berserta ikhtiar yang halal, menjaga keikhlasan dan sewaktu dengannya.
  3. Memiliki amalan zahir seperti solat, puasa, zakat dan semua itu terkandung di dalam taqwa.

Wallahu’alam..

Insyaa Allah, akan bersambung pada kuliah yang seterusnya…

Nota Kuliah disediakan oleh:
Bhenhar Jul Abdul Razak,
Penyampai : Ustaz Abdul Wahab Bustami Al Banjari.
Di Masjid Al-Aman Pasar kraftangan Kota Kinabalu.
Pada 25 Rabiulakhir 1435 Hijrah bersamaan 25 Februari 2014.
Rakaman audio : Unit media Al I`tisom

Muat turun rakaman penuh pada link di bawah